Langsung ke konten utama
🌹اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم *Nasihat untuk orang yang bermedia social* ﻳَﺎ ﺩَﺍﺧِﻞَ ﺍﻟﻨﺖِ ﺧُﺬ ﺧﻤساً ﻣﻦ ﺍلدُﺭرِ ﺗﺤﻤﻴﻚ ﺗﻨﺠﻴﻚ ﻣﻦ ﺩﻭﺍﻣﺔ ﺍلخطرِ _*Wahai orang yang bermedia social, dengarkanlah 5 mutiara kata ini yang dapat melindungimu dan* *menyelamatkanmu daripada bahaya yang berpanjangan* ﺭﺍﻗــﺐ ﺇﻟﻬﻚ ﻻ ﺗﻬﺘﻚ ﻣﺤــﺎﺭمَــﻪ *(1) Ingatlah bahawa dirimu diawasi oleh Allah, jangan melakukan perkara yang haram,* واحفظ قُلیمك واحفظ نعمۃ البصرِ *(2) jagalah pena kecilmu (penulisan) dan jagalah nikmat penglihatan* ﺧَـــﻞِّ ﺍﻟﻔﻀــﻮﻝ وﻻ ﺗﺒﺮﺡ ﻣﻮﺍﻃﻨﻪ ﺇنَّ ﺍﻟـﻔﻀـﻮﻝ ﺑﺮﻳـﺪُ ﺍﻟـﻀﺮّ ﻭ ﺍﻟـﻀﺮرِ *(3) Tinggalkanlah rasa ingin tahu, sesungguhnya rasa ingin tahu itu membawa kepada mudharat bagi diri sendiri dan orang lain* ﻭاﺣﺬﺭ ﺗُﺼَﺎﺩِﻕ ﻣﻦ ﺗﺸﻘﻰ بصفحَته ﻻ ﺗـﻔـﻌــلنَّ ﻭﻫـﺬﻱ ﺭﺍﺑــﻊ ﺍﻟــﺪﺭرِ *(4) Berjaga-jagalah dari mempercayai orang yang laman socialnya membawa kepada kecelakaan, jangan Melakukannya dan ini adalah perkara yang ke-4* ﺃﻣـﺎ ﺍﻟـحَــﻮﺍﺩﺙ ﻭﺍﻷﺧﺒﺎﺭ فاحذَﺭﻫـﺎ ﻻ ﺗﻨﺸـﺮنَّ ﺳـﻮﻯ ﻣﺎ ﺣـقَّ ﻣﻦ ﺧﺒﺮ *(5) Adapun peristiwa (viral) dan berita-berita juga kamu harus berjaga-jaga darinya, jangan sebarkan apa pun berita kecuali ianya benar-benar terjadi* ﺧﻤﺲٌ ﻣﻦ ﺍلدُﺭِّ ﻗﺪ جَاﺀﺕ ﻋﻠﻰ عجَل ﻓﺎﻋﻤﻞ ﺑﺬﻟﻚ ﺗﺠﻨـــﻲ طيّب ﺍلثمرِ *Inilah 5 mutiara kata yang datang dari ketergesa-gesaan. Maka lakukanlah 5 mutiara kata tersebut nescaya kamu akan menghasilkan hasil yang bagus.* 🎋🌹. .
Komentar